Skip to main content

PROFAIL MASJID SULTAN IBRAHIM UTHM.

masjid in maghribNama : Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MSI UTHM)

Alamat : Pusat Islam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Kedudukan Latitud dan Longnitud: 1.8553336,103.0810336

Peta Lokasi : KLIK SINI

Nombor Telefon : 07-453 3497/ 3498

Perasmian : 20 November 2015 ( 6 Safar 1437H )

Dirasmikan oleh : DYAM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor ke 25.

Kapasiti Jemaah : 3000 orang

  • 9 hb Oktober 2008 bersamaan dengan 9 Syawwal 1429 H menjadi saksi kepada Majlis Pecah Tanah Kompleks Pusat Islam dan Masjid baru
    UTHM. Projek pembinaan berjalan selama 3 tahun dan siap pada 20 hb Oktober 2011.
  • Pejabat Am Pusat Islam dan Masjid UTHM berpindah sepenuhnya ke bangunan sekarang pada 26 hb Oktober 2011 dan mulai beroperasisecara penuh pada 1 November 2011.
  • Secara rasminya Masjid Baru UTHM beroperasi pada Maghrib 21 Oktober 2011 berdasarkan surat kebenaran dari pihak Majlis Agama Islam Johor.

Visi :

Masjid sebagai institusi masyarakat ke arah pembentukan ummah yang
beriman dan bertaqwa.


Misi :

1. Menjadikan masjid sebagai pusat ibadah dan pusat perkembangan ilmu sepanjang masa.
2. Menyediakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan berkesan untuk semua peringkat dari segi rohani dan jasmani sesuai dengan tuntutan Islam.
3. Menyediakan prasarana yang kondusif untuk kemudahan masyarakat setempat.
4. Menggalakkan kanak-kanak dan belia mengimarahkan masjid.
5. Melaksanakan pengurusan masjid yang cemerlang.


Objektif :

Menyediakan masjid sebagai tempat rujukan masyarakat bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan menjadi contoh terbaik yang boleh
diikuti. Masjid tempat masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat dan adil.

Moto :

“BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI”