PENGENALAN
- Program jangka pendek untuk menyediakan platform bagi pelajar-pelajar lepasan tahfiz untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Calon Persendirian).
- Menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk membuat persediaan secara intensif dengan menjalani aktiviti Pengajaran dan pembelajaran setiap matapelajaran SPM di samping dapat mempelajari ilmu-ilmu turath dan mengikuti program-program pengukuhan hafazan.
BUTIRAN PROGRAM
- Nama Program : Program Pengajian Al-Wasit (Platfom Persediaan Fast Track SPM aliran Sains).
- Tahun dimulakan : Januari 2021.
- Jangka masa pengajian : sepenuh masa selama 10 bulan.
- Pusat tanggungjawab: Pusat Islam dan IASWJ, UTHM.
- Program dengan Kerjasama:
- Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
- MAIJ
OBJEKTIF PROGRAM
- Memberi peluang pendidikan akademik arus perdana kepada pelajar Tahfiz
- Menyediakan platform kepada pelajar tahfiz untuk mengambil SPM dan menyambung pengajian ke IPT.
- Meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz
- CSR Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Mewujudkan kepekaan sosial, menunaikan Fardhu Kifayah dan amal jariah.
STRUKTUR PROGRAM
- Kurikulum: Sijil Pelajaran Malaysia aliran Sains
- Matapelajaran: Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia , Pendidikan Islam (8 Matapelajaran)
- Kaedah Pelaksanaan: Kelas P&P (10 jam sehari)
4jam pertama: 8.00 Pagi–12.00 Tgh (Tasmik Al quran dan Pengajian Turath)
4 jam kedua :3.00 - 4.30 Petang (Kelas akademik) : 5.00 – 5.30 Petang (Kelas akademik)
2 jam ketiga : 8.00 - 9.30 malam (Kelas Akademik/Ulangkaji)
(juga tertakluk kepada fleksibiliti tenaga Pengajar)
SYARAT KEMASUKAN
- Minimum umur 17 Tahun ke atas.
- Minimum Hafazan 20 Juzuk (Keutamaan kepada calon yang lebih daripada 20 Juzuk)
Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)