Skip to main content

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT ISLAM DAN MASJID SULTAN IBRAHIM

SEJARAH PUSAT ISLAM

  • Bermula sebagai Unit Kerohanian bawah pentadbiran Pejabat HEP.
  • Pada tahun 2001, unit ini dinaik taraf menjadi Pusat Islam dan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal Masjid Jamek KUiTTHO.
  • Pada 1 Februari 2007, Pusat Islam KUiTTHO telah bertukar nama kepada Pusat Islam UTHM selaras dengan pertukaran nama KUiTTHO kepada UTHM. Pejabat Pusat Islam dan Masjid UTHM berpindah sepenuhnya ke bangunan sekarang pada 26 hb Oktober 2011 dan mulai beroperasi secara penuh pada 1 November 2011.

SEJARAH MASJID SULTAN IBRAHIM UTHM

  • Masjid Jamek KUiTTHO telah dinaik taraf dari status sebuah surau pada tahun 2000.
  • Pada 9 Oktober 2008 bersamaan dengan 9 Syawal 1429H berlangsung Majlis Pecah Tanah Kompleks Pusat Islam dan Masjid baru UTHM.
  • Projek Pembinaan berjalan selama 3 tahun dan siap pada 20 Oktober 2011.
  • Secara rasminya Masjid Baru UTHM beroperasi pada Maghrib 21 Oktober 2011 berdasarkan surat kebenaran dari pihak Majlis Agama Islam Johor.
  • Pada 20 November 2015 bersamaan 6 Safar 1437H, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim merasmikan Masjid Universiti Tun Hussein Onn sekaligus diisytiharkan sebagai Masjid Sultan Ibrahim bersempena nama baginda.

 

  • Sultan Johor rasmi Masjid UTHM