UNIT PENGURUSAN ZAKAT UTHM
Unit Pengurusan Zakat UTHM merupakan entiti dibawah Pusat Islam UTHM. Unit ini berperanan sebagai :
- Amil kutipan zakat pendapatan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).
- Unit yang bertanggungjawab mengutip serta mengagih zakat kepada warga UTHM yang memerlukan.
Unit ini juga giat mengajurkan dan juga menyertai program-program berkaitan zakat. Selain itu, penyebaran maklumat berkaitan bantuan, biasiswa dan juga pinjaman pendidikan juga giat dilakukan oleh unit ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan warga UTHM tidak terlepas daripada sebarang makluman berkaitan sebarang bantuan terutamanya para pelajar.