Prihatin Asnaf (Julai)
25 Julai 2024
Pusat Islam UTHM hari ini mengadakan Program Prihatin Asnaf di Kampung Sungai Nibong, Semerah Batu Pahat Johor. Program diadakan di perkarangan Masjid Sri Utama,Kampung Sungai Nibong dan di Pasaraya RS Mart yang terletak bersebelahan masjid tersebut.Dalam program ini, seramai 61 orang asnaf -
telah menerima sumbangan berjumlah RM 200 seorang iaitu RM 150 melalui pembelian barangan keperluan harian serta RM 50 dalam bentuk tunai. Program telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared Hj Mohd Khalid, ADUN Semerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor. Turut hadir Pengarah Pusat Islam UTHM, Tn Hj Shafry Salim dan Ketua Kampung Sungai Nibong, En Sani Kassim. Dalam program ini juga, penduduk kampung turut diberi peluang untuk mengambil pakaian dari Projek Almari Pakaian @UTHM Prihatin anjuran Pusat Islam UTHM. Pakaian ini adalah hasil sumbangan staf UTHM sendiri. Semoga program seperti ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban para penerima sumbangan dan merapatkan hubungan antara universiti dan masyarakat.