
Majlis Nuzul Al-Quran & Iftar Perdana
Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
19 Mac 2025
Pusat Islam telah menganjurkan Majlis Nuzul Al-Quran dan Iftar Perdana dgn kerjasama KS UTHM, Yayasan UTHM, UTHM Prihatin, ICRC dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Ianya menjadi acara wajib dalam kalender Universiti . Majlis dimulakan dgn tadarus dan khatam Al-Quran oleh pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading seterusnya penyampaian sumbangan Prihatin asnaf Pusat Islam,
sumbangan Aidilfitri Yayasan UTHM dan sumbangan Kelab staf UTHM. Di samping itu acara bersama simbolik penyerahan akad tanah wakaf Parit Kuari kepada UTHM disempurnakan dalam majlis yang sama. Penyerahan zakat korporat bernilai RM 50 ribu untuk Dana Wang Ihsan Pelajar juga disempurnakan.
Majlis Nuzul Al-Quran dan Iftar perdana telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM beserta ahli Lembaga Pengarah turut hadir memeriahkan majlis. Majlis juga diserikan dengan tazkirah khas oleh Yang Berhormat Dato' (Dr) Nooh bin Gadot , Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor juga Ahli Lembaga Pengarah UTHM.Majlis ini turut dibantu Geng Dapur Masjid Sultan Ibrahim yang memasak sajian utama Nasi Beriani ayam dan daging.
Pusat Islam merakamkan penghargaan dan terima kasih atas penganjuran program hari kebesaran Islam dgn kerjasama daripada Kelab Staf UTHM, Yayasan UTHM, UTHM Prihatin, ICRC dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading. Semoga usaha berterusan ini dapat meninggikan syiar Islam di UTHM.