Program Prihatin Asnaf (September)
5 September 2024
Hari ini, Pusat Islam UTHM telah mengadakan Program Prihatin Asnaf di Pekan Pagoh dan Panchor melibatkan 60 orang asnaf yang menerima bantuan Setiap asnaf menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian berjumlah RM150 dan sumbangan tunai sebanyak RM50. Bagi asnaf dari Mukim Pagoh, agihan bantuan diadakan di kedai -
runcit Rezqi Mart manakala di Panchor, agihan dibuat di Kedai Runcit Amat. Program ini mendapat kerjasama dari Penghulu Mukim Pagoh dan Mukim Panchor dan turut disertai oleh ketua-ketua kampung yang terlibat. Serahan sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam, Hj Shafry Salim. Turut serta adalah En. Azlan Wanti, Ketua Pentadbiran UTHM Kampus Pagoh yang mewakili Provost UTHM Pagoh. Program ini merupakan satu inisiatif Pusat Islam dalam menyantuni golongan asnaf yang memerlukan bantuan di samping menjayakan agenda UTHM Prihatin.