Skip to main content

IHYA RAMADHAN 1445H

 

Assalamualaikum wbt

YBhg Prof. Dato' / Prof./ Tuan/ Puan

TAWARAN ISTIMEWA UNTUK MENYERTAI PROGRAM INFAQ IHYA’ RAMADHAN MASJID SULTAN IBRAHIM UTHM 1445H/2024M

Perkara berkaitan di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UTHM dan Masjid Sultan Ibrahim UTHM akan menganjurkan Program Infaq Ihya’ Ramadhan 1445H/2024M bermula 11 Mac 2024 – 9 April 2024 dengan pelbagai program pengimarahan masjid seperti berikut:

I. Ceramah Sambutan Marhaban Ya Ramadhan
II. Jamuan Iftar Harian (Ahad – Khamis)
III. Bubur Lambuk Mingguan
IV. Solat Sunat Terawih (Bersama Imam Jemputan)
V. Majlis Khatam Al-Quran (Nuzul Al-Quran) dan Iftar Perdana
VI. Program Memburu Lailatul Qadar
VII. Mukhayyam dan Subuh Perdana
VIII. Kuliah Zuhur Harian
IX. Kuliah Agama Mingguan

3. Berdasarkan penganjuran program pada tahun sebelum ini, pihak pengurusan Pusat Islam UTHM dan Masjid Sultan Ibrahim UTHM telah membelanjakan sejumlah hampir RM 80,000.00 melibatkan kos keseluruhan termasuk jamuan berbuka puasa, bubur lambuk, imam jemputan dan lain-lain perbelanjaan berkaitan.

4. Sehubungan dengan itu, sempena bulan Ramadhan penuh keberkatan ini pihak kami ingin berkongsi fadhilat infaq bersama-sama YBhg Prof. Datuk/ Prof./ Tuan/ Puan dengan menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program tersebut. Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :

Tunai-Ust. Muhammad Isa (013-788 1646)

Bahan Mentah-Ust. Abdul Aziz (013-762 1670)

Semoga sumbangan ikhlas tersebut dapat dimanfaatkan bersama dan mendapat keberkatan seterusnya keredhaan Allah s.w.t. Segala kerjasama berhubung perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
“MALAYSIA MADANI"

Yang Benar,

MOHD LOTFI BIN SOLIHAN
Pengarah
Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-453 3351