Skip to main content

PROGRAM PENGAJIAN AL-WASIT (Persediaan SPM Fast Track aliran Sains)

PENGENALAN

  • Program jangka pendek untuk menyediakan platform bagi pelajar-pelajar lepasan tahfiz untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Calon Persendirian). 
  • Menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk membuat persediaan secara intensif dengan menjalani aktiviti Pengajaran dan pembelajaran setiap matapelajaran SPM di samping dapat mempelajari ilmu-ilmu turath dan mengikuti program-program pengukuhan hafazan.

 

BUTIRAN PROGRAM

  • Nama Program :  Program Pengajian Al-Wasit (Platfom Persediaan Fast Track SPM aliran Sains).
  • Tahun dimulakan : Januari 2021.
  • Jangka masa pengajian : sepenuh masa selama 10 bulan. 
  • Pusat tanggungjawab: Pusat Islam dan IASWJ, UTHM.
  • Program dengan Kerjasama:
    • Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
    • MAIJ

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memberi peluang pendidikan akademik arus perdana kepada pelajar Tahfiz
  • Menyediakan platform kepada pelajar tahfiz untuk mengambil SPM dan menyambung pengajian ke IPT.
  • Meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz 
  • CSR Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mewujudkan kepekaan sosial, menunaikan Fardhu Kifayah dan amal jariah.

 

STRUKTUR PROGRAM

  • Kurikulum: Sijil Pelajaran Malaysia aliran Sains
  • Matapelajaran:  Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia , Pendidikan Islam (8 Matapelajaran)
  • Kaedah Pelaksanaan:  Kelas P&P (10 jam sehari)

4jam pertama: 8.00 Pagi–12.00 Tgh (Tasmik Al quran dan Pengajian Turath)

4 jam kedua   :3.00 - 4.30 Petang (Kelas akademik) : 5.00 – 5.30 Petang (Kelas akademik)

2 jam ketiga   : 8.00 - 9.30 malam (Kelas Akademik/Ulangkaji)

(juga tertakluk kepada fleksibiliti tenaga Pengajar)

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Minimum umur 17 Tahun ke atas.
  • Minimum Hafazan 20 Juzuk (Keutamaan kepada calon yang lebih daripada 20 Juzuk) 

Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)