Skip to main content

LATAR BELAKANG.

Pusat Islam UTHM merupakan satu Pusat yang bertanggungjawab di dalam menguruskan hal ehwal agama Islam. Berdiri selaras dengan konsep misi universiti iaitu  "Bertunjangkan konsep tauhid".

Pusat Islam UTHM membantu pihak pengurusan universiti di dalam melahirkan teknokrat yang mempunyai asas dan pegangan agama yang kukuh selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya'irah wal Maturidiyyah.

Dalam masa yang sama, Pusat Islam UTHM juga sejak sekian lama menyantuni masyarakat setempat dengan mengadakan program-program kerohanian dan kemudahan-kemudahan yang dapat dimanafaatkan bersama.