Skip to main content

UCAPAN ALUAN PENGARAH PUSAT ISLAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

IMG 9356Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Salawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Rasul terakhir, kekasih Allah dan penghulu para anbiya’. Seterusnya kepada seluruh keluarga baginda, para sahabat dan pengikut sahabat.

Pusat Islam UTHM merupakan sebuah pusat yang bertanggung jawab penuh di dalam hal ehwal agama Islam di UTHM. Peranannya sebagai wadah dakwah di dalam kampus dan sekitarnya semakin hari semakin mencabar selaras dengan pertambahan warga kampus dan sambutan yang diberikan kepada setiap aktiviti yang diadakan samada dari kalangan warga kampus dan masyarakat setempat.

Laman Web Rasmi Pusat Islam UTHM diwujudkan sebagai salah satu dari usaha penjenamaan Pusat Islam UTHM melalui alam maya, selain sebagai wadah dakwah yang memanafaatkan kemudahan internet dan multimedia yang semakin lama semakin berkembang mengikut peredaran zaman.
Masyarakat kampus khasnya dan masyarakat umum amnya boleh memanafaatkan kemudahan ilmu, maklumat dan lain-lain kemudahan yang ada di laman web ini.

Saya selaku Pengarah Pusat Islam UTHM mengucapkan selamat datang, ahlan wasahlan kepada pelayar/ pengguna Laman web Rasmi Pusat Islam UTHM. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat manafaat dari laman web ini.
Sekian, terima kasih.

Ust. Mohd. Lotfi. Solihan
Pengarah Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia