Karnival Mahabbah Komuniti Madani
Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
19 Mac 2025
UTHM, JAKIM, JAINJ jalin kerjasama anjur Karnival Mahabah Komuniti Madani 2025 Negeri Johor.
Parit Raja, 22 Jun 2025 – Karnival Mahabbah Komuniti Madani (KMKM) Peringkat Negeri Johor 2025 yang berlangsung pada 21 dan 22 Jun 2025 di Masjid Sultan Ibrahim dan Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah berjaya menghimpunkan pelbagai agensi, institusi dan komuniti dalam suasana penuh ilmu, dakwah dan kemasyarakatan.
Program anjuran bersama JAKIM, JAINJ, UTHM serta rakan strategik lain ini menyajikan pelbagai pengisian termasuk tazkirah subuh, senamrobik, forum ilmiah, seminar kekeluargaan, pameran agensi, aktiviti komuniti serta pertandingan mewarna kanak-kanak. Antara slot utama yang mendapat sambutan ialah ceramah Say No to Pornography dan Gajet: Selamatkah Anak Kita? oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi, serta forum Umur Barakah yang menampilkan tokoh-tokoh agama negeri Johor. Seminar kekeluargaan dan forum Pemuda Pemudi Dambaan Syurga turut menghimpunkan lebih 200 peserta daripada pelbagai latar belakang.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, mewakili YAB Menteri Besar Johor. Turut hadir ialah Ketua Pengarah JAKIM, Pengarah JAINJ dan Timbalan Naib Canselor UTHM. Majlis turut menyaksikan penyampaian wakalah agihan zakat korporat oleh Lembaga Tabung Haji, PLUS Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia kepada pihak UTHM sebagai sokongan terhadap agenda pendidikan dan kebajikan mahasiswa. KMKM Johor 2025 menjadi manifestasi nilai Islam Madani yang menggabungkan pendekatan rahmah, kasih sayang dan perpaduan dalam mendepani isu sosial serta membina masyarakat berteraskan ilmu dan spiritual.