Skip to main content

Program Ibadah Korban & Akikah

Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

9 Jun 2025

 Program Korban peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2025 berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di rumah sembelihan sementara Masjid Sultan Ibrahim UTHM. Program ini diselaraskan oleh Pusat Islam UTHM melibatkan seramai 70 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf dan berapa orang penduduk sekitar. Sebanyak 24 ekor lembu dan 11 ekor kambing telah disempurnakan penyembelihannya pada kali ini. UTHM turut menerima sumbangan seekor lembu dari pihak RHB Bank Berhad.

  Lebih 2000 kilogram daging diagihkan pada program korban kali ini. Lebih 700 kilogram dari jumlah ini diagihkan kepada golongan asnaf, manakala selebihnya diberikan kepada peserta korban, staf, pelajar dan penduduk sekitar. Antara kumpulan asnaf yang menerima agihan pada kali ini adalah asnaf dari beberapa kampung sekitar UTHM, Madrasah Darul Hufaz Al-Imtiyaz, penduduk orang asli di Parit Sulong, pekerja kontrak pembersihan di UTHM, pekerja Southern Waste Management (SWM) Seri Gading, serta asnaf dari kariah Masjid Riyadus Solihin Parit Raja.

 Selain merupakan salah satu ibadah yang dituntut oleh agama Islam, pelaksanaan program ibadah korban ini juga menyemai semangat kerjasama serta mempereratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan staf universiti dan penduduk setempat.