Skip to main content

Karnival MSI Sedekad: "Sedekad Di Bawah RahmatNya"

Anjuran Pusat Islam UTHM 2025 bersempena Sambutan 10 Tahun Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim UTHM

5-8 November 2025

 Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, program MSI Sedekad: "Sedekad Di Bawah RahmatNya" anjuran Masjid Sultan Ibrahim, UTHM telah berlangsung dengan jayanya dari 5 hingga 8 November 2025. Program selama empat hari ini diadakan sempena Sambutan 10 Tahun Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim sebagai simbol kesyukuran atas perjalanan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang telah digerakkan sepanjang sedekad.

 Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Tn Hj. Naim bin Maslan, Pendaftar UTHM, bersempena dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Universiti. Pelbagai pengisian ilmiah, rohani dan komuniti telah dilaksanakan sepanjang program ini, antaranya:

1) Talk Helwa, Bicara Keluarga Bahagia & Forum Perdana Ehwal Islam – perbincangan ilmiah bersama penceramah dan tokoh agama terkemuka.

2) Selawat Walk & MSI Berselawat bersama InTeam – menghidupkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW melalui selawat dan dakwah lapangan.

3) Klinik Amal Soleh & Prihatin Asnaf (Luncur Sejahtera) – program kebajikan dan agihan zakat kepada masyarakat setempat.

4) Kursus Asas Falak, Kursus Pengurusan Jenazah dan Jom Taranum – pengukuhan ilmu dan kemahiran dalam bidang fardhu ain serta ilmu falakiah.

5) Kid Fun & MSI Mobile Legend Challenge – ruang interaktif dan santai bagi menarik minat generasi muda dalam suasana nilai Islamik.

 Penganjuran MSI Sedekad bukan sahaja menjadi wadah menghimpunkan seluruh warga kampus dan masyarakat sekitar, malah turut memperkukuh peranan Masjid Sultan Ibrahim sebagai pusat penyatuan ummah dan penyebaran ilmu Islam di peringkat universiti.

 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan MSI Sedekad ini, khususnya pihak pengurusan universiti, para penceramah, urus setia, sukarelawan, penaja serta seluruh warga universiti, termasuk para peserta dan pengunjung atas sokongan padu dan kerjasama erat yang diberikan. Semoga program ini menjadi titik tolak kepada usaha berterusan dalam memperkukuh agenda dakwah, pembangunan rohani dan kesejahteraan ummah di kampus UTHM.

 Semoga segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diberkati serta menjadi pemangkin kepada kesinambungan dakwah dan pembentukan sahsiah warga UTHM yang berteraskan nilai Islam.