Skip to main content

Kejohanan Sukan Pusat Islam IPT Malaysia (KASPIM) 2025

Anjuran Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (JAHEIS) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTeM)

25-27 Julai 2025

 Kontinjen Pusat Islam UTHM berjaya membawa pulang tiga pingat Perak dan satu pingat Gangsa dalam Kejohanan Sukan Pusat Islam IPT Malaysia (KASPIM) 2025 yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dari 25 hingga 27 Julai 2025. Telah berlangsung juga pada hari pertama sesi taklimat pengurus sukan bagi Kejohanan Sukan Pusat Islam IPT Malaysia (KASPIM) 2025. Taklimat ini dijalankan mengikut pecahan sukan-sukan yang akan dipertandingkan, antaranya:

🏃‍♂️ Olahraga (Lumba Lari 8x50 meter)

⚽ Bola Sepak Penalti

🏐 Bola Jaring Penalti

🏓 Ping Pong

🎣 Memancing

🏸 Sukan Rakyat

Daripada kesemua acara tersebut, pingat Perak berjaya disumbangkan oleh acara Ping Pong beregu lelaki, Bola Jaring wanita dan Sukan Rakyat. Acara Sukan Rakyat juga menyumbang sebutir pingat Perak dan Gangsa dalam kejohanan yang julung-julung kali dianjurkan ini.

 Kejohanan kali ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Islam IPT Malaysia (JAHEIS) dengan kerjasama Pusat Islam UTEM. Kontinjen UTHM diketuai Pengarah Pusat Islam, Hj Shafry Salim dan disertai oleh kakitangan Pusat Islam. Penyelaras penyertaan UTHM dalam kejohanan ini adalah Ustaz Amirulhakim Saparudin. Secara keseluruhannya UTHM menduduki tempat ketujuh dari 19 IPT yang menyertai kejohanan pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menyertai kejohanan ini.