Cetak

Senarai Pengarah/ Ketua Pusat Islam (2001-kini)

Written by Super User. Posted in Pengenalan Pusat Islam

 

Nama : Tn. Hj. Baharudin b. Yaman@ Abd. Ghani

Dari : 2001-2003

Ketua Pusat Islam 1

Beliau merupakan Ketua Pusat Islam yang pertama. Sebelum menjawat jawatan Ketua Pusat Islam yang pertama, beliau merupakan Imam pertama sekali dilantik bagi menguruskan Masjid UTHM yang ketika itu dibawah kuasa Unit Kerohanian, Pejabat Hal Ehwal Pelajar.Antara usaha yang beliau lakukan dengan memperkasakan program-program kerohanian menjadi salah satu program-program Universiti. Dengan sumber tenaga manusia dan kelengkapan yang sedikit, tidak menghalang beliau dari memartabatkan nama Pusat Islam dan Masjid UTHM. Apabila Pusat Islam mengalami penstrukturan semula pada 2004, beliau kini menjawat jawatan sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Masjid dan Hubungan Masyarakat) di Pusat Islam. walaupun tidak menjawat jawatan Ketua Pusat Islam, beliau masih lagi dikenali oleh masyarakat kampus dan masyarakat sekeliling melalui jemputan-jemputan untuk menyampaikan ceramah di masjid/ surau masing-masing.

 

Nama : Ust. Abdullah b. Sulaiman

Dari : 2003-2004

Ketua Pusat Islam 2

Beliau yang merupakan Ketua Pusat Islam ke 2 memperkenalkan program-program berbentuk motivasi menjadi sebahagian dari taqwim aktiviti Pusat Islam seperti Kem Integrasi Mahasiswa. Beliau kini menjawat jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan dan menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah.

 

Nama : Ust. Mohd. Zain b. Mubarak

Dari : 2004- 2007

Ketua Pusat Islam 3

Beliau merupakan pensyarah di Unit Pengajian Islam, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi (kini Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan). Sebelum dilantik sebagai Ketua Pusat Islam, beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Pengajian Islam di PPKK. Beliau telah menamatkan  jawatan sebagai Ketua Pusat Islam kerana dipinjamkan ke Universiti Malaysia Kelantan.

 

Nama : Ust. Hj. Husin b. Junoh

Dari : 2007-2008

Ketua Pusat Islam 4

Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal. Sebelum dilantik sebagai Ketua Pusat Islam, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan Pelajar (PKPP). Beliau amat bergiat di dalam aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan seperti mengubat pesakit dengan kaedah yang digunakan oleh Perubatan Islam Darus Syifa'.

Kini beliau telah menjawat jawatan sebagai Professor Madya di jabatannya.

 

* Pusat Islam mengalami rombakan organisasi pada 2008 menyaksikan pertukaran nama jawatan Ketua Pusat Islam kepada Pengarah Pusat Islam dan lantikan adalah dari kalangan pensyarah DG52.

 

 


 

Nama : Prof. Madya Dr. Hussein b. Othman

Dari : 2008-2009

Pengarah Pusat Islam 1

Beliau adalah pensyarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Memperolehi Ijazah Pertamanya dalam bidang Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah) serta Diploma Pendidikan (Pengajaran Agama Islam dan Bahasa Arab) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau telah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat antara tahun 1993-2001. Mula berkhidmat di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sejak tahun 2001 dan menjawat jawatan Pengetua Kolej Kediaman Perwira (2005-2006) dan Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (2007-2008) . Beliau banyak bergiat dalam bidang penulisan, pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menyampaikan ceramah motivasi, bengkel pengajaran dan pembelajaran di universiti, politeknik serta sekolah-sekolah.

Kini beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (dahulunya Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi/ Fakulti Sains dan Sastera Warisan).

 

Nama : Prof Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus

Dari : 2009-2013

Pengarah Pusat Islam 2

Profesor Madya Dr.Syed Muhammad Dawilah al-Edrus merupakan staf akademik di Fakulti Sains,Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM sejak 2007 (asal Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi dan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan). Anak kelahiran negeri Johor Darul Ta’zim ini memperolehi Ijazah B.A.(Hons) Universiti Malaya 1979, Ijazah MA Universiti Birmingham UK 1983 dan Ijazah Ph.D Universiti Edinburgh Scotland 1993.

Pengalaman bertugas: Profesor Madya di Universiti Sains Malaysia (2000-2006) dan di Universiti Brunei Darussalam (2007).

Sumbangan: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, The British Society For Middle Eastern Studies, Association of Southeast Asia Studies United Kingdom, Ahli Seumur Hidup Persatuan Sejarah Malaysia dan Persatuan Pesara Daerah Batu Pahat.
 

 

Nama : Ustaz Haji. Baharudin b. Yaman@Abd Ghani

Dari : 2013-2017

Ketua Pusat Islam (menjalankan tugas sebagai Pengarah Pusat Islam)

 

Nama : Ustaz Mohd. Lotfi b. Solihan

Dari : 2017-

Ketua Pusat Islam (menjalankan tugas sebagai Pengarah Pusat Islam)