Cetak

Sejarah Perpindahan Pusat Islam dan Masjid UTHM

Written by Super User. Posted in Pengenalan Pusat Islam

Majlis Penyerahan Masjid Baru UTHM

Pada 20 hb Oktober 2011, jam 3.35 petang, Majlis Penyerahan Masjid Baru UTHM telah dilakukan dihadapan mimbar masjid baru. Pihak kontraktor utama iaitu MBN Consortium Sdn Bhd dengan menyerahkan kunci kepada  pihak UTHM yang diwakili Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin bin Ahmad, Penolong Naib Canselor (Pembangunan), dan kemudian kunci

diserahkan kepada pihak Pejabat Pengurusan Harta Bina PPHB yang diwakili oleh Ir Hj. Alias b.Mohd Zin Timbalan Pengarah PPHB dan diserahkan dari pihak PPHB kepada pihak Pusat Islam yang diwakili oleh oleh P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Pengarah Pusat Islam sebagai simbolik penyerahan bangunan masjid dan bangunan sokongan.

Pejabat Am Pusat Islam dan Masjid UTHM berpindah sepenuhnya pada 26 hb Oktober 2011 setelah membuat persiapan perpindahan selama 2 minggu, dan mulai beroperasi secara penuh pada 1 November 2011.

Bangunan Masjid dan Kompleks Pusat Islam mengandungi Masjid, Pejabat pentadbiran, bilik seminar Al-Farabi, bilik komputer Al-Khawarizmi, bilik sumber Harun Al-Rasyid dan lain-lain bangunan sokongan.

    

 

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Penggunaan Masjid Baru UTHM.

Pada 20 hb Oktober 2011, Khamis, Pusat Islam menganjurkan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena penggunaan Masjid Baru UTHM. Majlis ini dihadiri oleh Y.Bhg  Naib Canselor UTHM; Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, warga kampus, pemimpin dan masyarakat setempat antaranya Y.B Dato Abdul Aziz Kaprawi, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor merangkap ADUN Parit Raja, Dato’ Hj. Awang b. Hj Mohd, Naib Pengerusi PERKIM Johor merangkap Pengerusi PERKIM Batu Pahat, Penghulu Mukim 8,Majlis ini dipimpin oleh Imam Daerah Batu Pahat; Ust Nazri b Mat Jamaluddin yang mewakili pihak Kadi Batu Pahat.

Kehadiran dalam majlis tersebut dianggarkan seramai 1000 orang. Di dalam majlis tersebut, Pengarah Pusat Islam P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus telah berucap diantara isi kandungan ucapan mengharap agar Masjid Baru UTHM menjadi pusat ilmu dan kemajuan bangsa kita dan seharusnya menjadi kebanggaan warga kampus dan masyarakat setempat dan kesuciannya perlulah dijaga dengan diimarahkan sepanjang masa.

Mulai dari tarikh tersebut, secara rasminya Masjid Baru UTHM beroperasi pada Maghrib 21 Oktober 2011 berdasarkan surat kebenaran dari pihak Majlis Agama Islam Johor.

 

Solat Jumaat Pertama di Masjid Baru UTHM

Berdasarkan surat kebenaran dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor, Solat Jumaat pertama di Masjid Baru UTHM dilakukan bermula pada 22hb Oktober 2011. Khutbah pertama bertajuk “Keutamaan Mengimarahkan rumah Allah” disampaikan oleh Imam Besar Negeri Johor, Ust. Hj. Halid b. Sono al-hafiz dan sebelum khutbah disampaikan pengisytiharan kebenaran menunaikan solat Jumaat di Masjid UTHM disampaikan oleh Imam Daerah Batu Pahat; Ust Nazri b Mat Jamaluddin.