Print

Objektif dan Objektif Kualiti

Written by Super User. Posted in Pengenalan Pusat Islam

OBJEKTIF

 Pusat Islam berperanan untuk :

  •  Menjadi pusat kecemerlangan Syiar Islam melalui aktiviti pembudayaan ilmu berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Menjadi pusat rujukan dan khidmat kepakaran dalam hal ehwal Islam seiring dengan perkembangan teknologi.
  •  Menjadi pusat pembangunan sosial sahsiah dan kerohanian melalui bimbingan dalam usaha perpaduan dan aktiviti kemasyarakatan.
  • Menjadi peneraju dalam bidang pendidikan dan dakwah bagi melahirkan generasi yang berkualiti.
  • Menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah serta memberi kefahaman tentang ibadat-ibadat yang berbentuk fardhu ain.
  •  Menguruskan kutipan, agihan dan bantuan zakat di UTHM.
  • Menjadi pusat kursus dan latihan kerohanian bagi membentuk sahsiah mahasiswa, staf dan masyarakat setempat.
  • Menjadi pusat perancangan segala program dan aktiviti pengimarahan masjid dan musolla-musolla kolej kediaman.
  •  Mempertingkatkan pentadbiran, perkhidmatan dan perhubungan masyarakat yang berkaitan dengan hal ehwal Islam.
  •  Menyediakan pengurusan berkualiti yang berkesan.

OBJEKTIF KUALITI

  • Menjalankan program kursus pemantapan kerohanian di kalangan staf sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun.
  • Menjalankan program pemantapan kerohanian dikalangan pelajar sekurang-kurangnya enam (6) kali dalam setahun.
  • Menjalankan program pemantapan kerohanian kepada masyarakat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun. 
  • Menjalankan aktiviti penyebaran dakwah Islamiah melalui kuliah keagamaan kepada pelajar, staf dan masyarakat luar sekurang-kurangnya 150 jam sepanjang semester pengajian.