PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO PENDEK SEMPENA MAULIDURRASUL 1441H

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

 

1.    SYARAT PENYERTAAN

 

1.1  Penyertaan terbuka kepada pelajar-pelajar UTHM sahaja.

 

2.    FORMAT PERTANDINGAN

 

2.1 Setiap penyertaan perlulah menepati tema yang diberikan iaitu “Semarak Cinta Rasulullah”.

 

2.2 Penyertaan video pendek kreatif perlu disertakan dengan Tajuk Video, Nama kumpulan, Ahli kumpulan dan Sinopsis.

2.3 Penyertaan adalah dalam Bahasa Melayu dan penyediaan sarikata dalam Bahasa Inggeris sangat digalakkan.

2.4  Hasil video hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipaparkan dalam segala bentuk media video, seperti melalui sistem penyiaran (broadcast) atau streaming atas talian.

2.5 Video yang dihasilkan hendaklah diletakkan logo rasmi UTHM dengan transparent background di pepenjuru kiri atas paparan video tersebut. Logo UTHM dengan saiz yang bersesuaian, hendaklah jelas dilihat dari mula hingga akhir video dimainkan.

2.6  Hasil video hendaklah mengikut spesifikasi minima seperti berikut :

-       Saiz:            16:9 (widescreen)

-       Resolusi:     720p

-       Format:       MP4.

 

3.    SYARAT PERTANDINGAN

 

3.1  Pertandingan bermula pada 11 November sehingga 2 Disember 2019.

3.2  Penyertaan boleh dikemukakan secara individu atau berkumpulan.

3.3  Jangka masa bagi video yang dihasilkan adalah tidak melebihi 6 minit.

3.4  Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.

3.5 Setiap video pendek yang dihasilkan adalah hasil karya asli setiap peserta. Sekiranya didapati video yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta merta.

3.6 Setiap klip video yang dihasilkan dilarang mempunyai elemen seperti berikut:

- Kandungan yang jelas bertentangan dengan syariat seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, hiburan yang terlampau dan sebagainya.

-    Mencaci atau mengutuk mana-mana pihak atau organisasi dengan sengaja dan melampau.

-       Bersifat perkauman.

3.7 Penghasilan video pendek adalah bersifat genre terbuka seperti filem, animasi dan dokumentari.

3.8   Kos penghasilan video adalah ditanggung oleh peserta.

3.9 Peserta mestilah menggunakan gajet, gear atau peralatan merakam sendiri, sama ada menggunakan telefon atau kamera perakam video yang bersesuaian untuk menghasilkan video berdasarkan kreativiti masing-masing.

 

4.    KRITERIA PENGHAKIMAN

 

4.1  Pengadilan dan penilaian hasil video yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada kriteria dan pecahan skema pemarkahan yang berikut:

(a) Idea (isi kandungan/penyampaian)

40 M

(b) Kreativiti 

30 M

(c) Kualiti penghasilan video

10 M

(d) Impak

20 M

                                                         

4.2  Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

 

5.    SENARAI HADIAH PEMENANG

 

5.1    Pemenang-pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:

            (a)  Hadiah Tempat Pertama

            (b)  Hadiah Tempat Kedua

            (c)  Hadiah Tempat Ketiga

(d) Saguhati

6.    PENOLAKAN PENYERTAAN

 

6.1 Penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang    melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

 

7.    HAKCIPTA

 

7.1  Penganjur tidak akan bertanggung-jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hakcipta yang melibatkan muzik dan seumpamanya. Peserta hendaklah bertanggung-jawab sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas video dihasilkan.

 

7.2  Semua video penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur menjadi   hak milik penganjur.

 

7.3 Penganjur berhak sepenuhnya untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana karya pemenang pada mana-mana laman web, pameran, portal, media sosial atau blog atas tujuan promosi oleh pihak penganjur sama ada di dalam atau di luar negara.

 

8.    PENGHANTARAN VIDEO PENYERTAAN

8.1 Semua penyertaan hendaklah dihantar menggunakan Borang     Penyertaan Pertandingan Video Pendek Sempena Maulidur Rasul 1441H   UTHM secara dalam talian melalui pautan di bawah:

 

http://bit.ly/videomauliduthm

 

8.2  Tarikh dibuka penyertaan secara online adalah pada 11 November 2019 dan tarikh ditutup pendaftaran online pada 2 Disember 2019.

 

9.    TARIKH TUTUP PENGHANTARAN VIDEO

 

9.1  Semua video hendaklah dikemukakan kepada pihak penganjur pada   atau sebelum 2 Disember 2019 jam 11.59 malam.

 

9.2   Penghantaran video selepas tarikh yang ditetapkan adalah ditolak.

 

10.PERTANYAAN

Sebarang pertanyaaan atau maklumat tambahan, sila hubungi:

Dr. Halimi bt Mohd. Khalid           013 7721322

Ustaz Amirul Hakim                       014-902 7577

 

MUAT TURUN BORANG PERTANDINGAN